Selasa, 14 Mei 2013

Keajaiban susu ibu

Walaupun setitik tetap sejuta mukjizat mengalir ke dalam tubuh si kecil tercinta.

Begitu tinggi dan mulianya susu yang mengalir daru tubuh si ibu. Kebaikan dan nutrisi semulajadi yang ada menjadikan si kecil membesar dalam kebaikan dan kasih sayang berpanjangan.

Kebaikan untuk si comel
Tahukah anda susu ibu adalah sumber imunisasi terbaik buat si kecil. Ia dapat mengurangkan masalah penghadaman serta alahan yang kerap terjadi kepada bayi. Selain itu, ada pelbagai lagi kebaikan, antaranya:

  • susu ibu mengandungi pelbagai antibodi yang dapat mengelak penyakit pernafasan dan jangkitan telinga.
  • Zat yang diperoleh melindungi tubuh badan dalam jangka masa panjang daripada penyakit diabetis, darah tinggi dan obesiti.
  • Memberi manfaat kepada tahap IQ mereka.

Untuk Ibu
  • Mempercepat pengecutan rahim.
  • Mengurangkan masalah pendarahan.
  • Tubuh badan akan kembali ke bentuk asal, malah ada yang mendapat bentuk badan lebih cantik berbanding sebelum bersalin. ini berlaku kerana menyusu dapat membakar lemak serta mengalirkannya ke dalam susu untuk bayi.
  • Mengurangkan risiko barah payudara. ovari, rahim dan osteopososis.
Fakta unik susu ibu
  • Komposisi zat yang terkandung dalam susu bayi pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam adalah berbeza.
  • Menepati keperluan zat untuk bayi mengikut usia, sebagai contoh, susu yang terhasil pada usia bayi sehari mengandungi kandungan lemak yang tinggi berbanding waktu lain.
  • Lebih kerap susu diperah, lebih banyak ia dihasilkan.
  • Penghasilan susu akan terhenti apabila si ibu berasa letih, sedih, marah atau stress. Bagi melamcarkan perngaliran susu, anda digalakkan untuk duduk ditempat yang sunyi, melihat gambar bayi dan mendengar muzik lembut.
  • Dinasihatkan untuk para ibu menyusukan anak kecil mereka selama enam bulan berterusan tanpa diselangi dengan makanan sampingan mahupun air masak.
Cara yang betul
  • Apabila bayi berada dalam posisi menyusu, mulutnya akan terbuka luas dan ketika itulah masa yang tepat untuk diberi susu.
  • Pastikan mulut bayi berada dalam kawasan aerola sepenuhnya dan bukannya menghisap puting sahaja bagi mengelakkan luka puting.
  • Badan bayi perlu lurus, muka menghadap payudara dan rapat dengan ibu.
Kesibukan bukan halangan
Ramai wanita memberi alasan tidak menyusukan anak kerana kesibukan kerja, lalu memilih susu formula sebagai ganti. Ini menidakkan hak anak anda untuk memiliki nutrisi terbaik sepanjang hidupnya. Bagi ibu bekerja, pam payudara dapat membantu anda tidak kira dirumah mahupun tempat kerja.
Susu yang diperah dapat disimpan dengan baik di dalam botol dan peti khas yang mengekalkan susu dalam keadaan baik. Menyusukan bayi adalah yang terbaik buat anda dan semaikan kasih sayang secukupnya supaya si kecil membesar menjadi insan berguna.

sumber- EH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lain-lain yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...