Isnin, 25 Februari 2013

Lahirkan Anak Pintar

Setiap ibu dan bapa pasti menginkinkan anak mereka bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, dibawah merupakan nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Multivitamin
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C  juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Omega 3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan daya ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkandapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa tua kelak.

Lecithin
Lecithin soya metupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neutrotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistm saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting salam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein baik
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok-blok sel terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel0sel darah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lain-lain yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...